Luka Episiotomi penyebab saya jatuh...

isy niat nak konsisten berblog tapi kecundang.nak kena azam baru la ni..
naji mesti kuat semangat 'alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke lengan' hehe
harini nak cite pasal luka episiotomi..

Apa itu luka episiotomi??

Episiotomi ialah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin di mana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi keluar.
sakit ke? hmm sakit bersalin lagi teruk..sakit gunting tu tak rasa la..lepas digunting mesti akan dijahit kan.
takkan nak biar terbuka situ..huhu
bila dijahit,itu dipanggil luka episiotomi.luka ni pulak lain orang lain panjangnya..
kalau koyak sikit, sikitla jahitan
Alhamdulillah naji punya takde panjang sangat.

masa tempoh 40minggu tu memang naji dok search je cara nak jaga luka ni..kalau boleh nak cepat baik la..taknak menyusahkan mak mertua lama2.PPUM memang takde bagi ubat luka yg kuning tu.ko pandai2 la kan..ada baca basuh dengan air suam cepat baik

hari ke20 nurse dtg cek jahitan..dia terkejut sebab lain macam dia cakap..dia suruh terus pegi klinik kesihatan..bila dah pegi klinik kesihatan,bidan sana bagitau jahitan tu gaping..kalau tak ok seminggu kena jahit semula..MasyaAllah takutnya..

balik terus search produk terbaik untuk sembuh luka ni..hasil carian decide nak try vita C dan zinc complex shaklee..ramai review yg positif.husben belikan..alang2 beli dia beli set pantang dan set menyusu sekali..mmg bagus la husben i.hehe

Blog archive

Followers