Pengalaman aqiqah dengan JAKIM

Assalamualaikum,salam sehari sebelum raya..

Ibadah aqiqah ni disunatkan dilakukan seminggu selepas kelahiran bersama-sama dengan upacara cukur rambut dan belah mulut dengan air zamzam atau kurma.begitu juga,pemberian nama seeloknya seminggu selepas kelahiran.

Tapi masa seminggu selepas kelahiran Sufi Naufal tu baru la ibu sampai kampung untuk proses berpantang.kat hospital dah 3 hari.macam orang bersalin ceaserian dah gayanya.gara2 pulse rate tak cantik.doktoe takut ada infection.tu yg kena tahan lama di wad.bosan ya amat.huhu

Ikut perancangan nak buat aqiqah dia masa raya korbam tahun yang sama tapi tanya2 takde sapa yg nak join kalau nak buat seek or lembu.mula2 ok last2 tinggal kami je.terus tak jadi.

Tangguh punya tangguh, lama2 lupa dah.tiba2 pagi tu terdengar Ustaz Ajib dari JAKIM promote tentang ibadah qurban/aqiqah di Cambodia di siaran tv AlHijrah.1 bahagian RM 330.jika anak lelaki kena 2 bahagian.jadi,RM 660 untuk 2 bahagian lembu.

Tarikh tutup 5 September 2016.nasib baik sempat aqiqah untuk Sufi Naufal.senang je.transfer je duit ke akaun bank islam Jakim.dan whatsapp ke ustaz ajib tu.ustaz tu pun senang nak berurusan.melalui whatsapp je pun ok.

Esoknya dia hantar resit dan selepas aqiqah dijalankan sijil akan dihantar.kita tunggu lepas raya haji ni.senangnya sekarang,semua di hujung jari je.takde alasan dah.hihi.

Jom la sama2 kita lakukan ibadah.selamat hari raya aidiladha.makan daging tu beringat2 ye.pastikan ada supplement di samping.😀😀

Blog archive

Followers