Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ada nak kecil ni memang memenatkan dan rumah sentiasa bersepah.betul tak?kalau ada yang rumah sentiasa rapi dan bersih dengan anak kecil memang terbaik la.
Masa mengemas akan terhad.bukan itu sahaja,lepas kemas mesti anak2 kecil tu akan memunggah semula.itu perkara biasa terjadi.dan ada juga seswtengah ibu jadikan alasan tu supaya taknak mengemas.haip takmo gitu.
Dan ada juga viral di facebook mengatakan kalau rumah bersepah maka anak itu bijak.sebab otak dia tengah nak explore.saya tidak menyangkal kenyataan tu.tapi bagi saya juga,anak2 perlu juga hidup dan membesar di dalam keadaan rumah yang bersih dan tersusun rapi.proses tumbesaran dia pun cantik je.
Kat sini,saya nak kongsikan 3 cara supaya rumah kita kemas dan bersih walaupun anak suka menyepah:
1. Ajak anak kemas semula selepas main
Ibu bapa perlu melatih anak-anak supaya mengemas semula mainan selepas
main.mula2 memang sukar,tapi setelah
dilatih insyaAllah proses ini akan jadi
mudah.sebagai galakan,ibu bapa boleh memberi ganjaran kepada anak misalnya
kalau Sufi kemas mainan,ibu belanja
Sufi.KFC.itu contoh ye,terpulang kepada
cara masing-masing.dan juga ibu bapa
boleh katakan padanya,'Sufi baik
kan..meh tolong ibu kemas mainan'.puji
dengan kata2 manis.
2. Terus kemas seusai main
Untuk mengelakkan mood malas ibu
datang,selepas selesai sesi main.apa kata
ibu terus kemas.jangan dibiarkan
lama.nanti lama2 jadi malas dan last2
terbiar je mainan tu atas lantai.
3. Sediakan ruang khas bermain
Selalunya anak-anak akan main di ruang
tamu.kalau tiba-tiba ada tetamu memang
kelam kabut la ibunya kan.ibu bapa
boleh wujudkan ruang khas untuk anak
bermain.tak perlu besar.hanya tetapkan
dimana kawasan untuk anak
bermain.contoh di dalam bilik
belakang.semua mainan hanya
diletakkan di tempat berkenaan
sahaja.maka, ruang tamu dapat
dielakkan dr sepah dengan mainan.
anak-anak.
Okla,setakat itu perkongsian saya harini.moga hari ni rezeki kita akan murah.😊😊