Bahayakah youtube pada budak 2tahun??

Assalamualaikum,salam sejahtera,,

Zaman kanak2 kita dulu mana ada gajet2 ni.semua main pasir la,guli la macam-macam lagi la.tapi zaman dah berubah.anak-anak kita sekarang lebih banyak habiskan masa dengan gajet.mana taknya,ibu bapa pun risau nak biarkan anak bermain di luar rumah.

Zaman sekarang ni jenayah di mana-mana je.bukan saja di depan rumah,dalam laman rumah pun boleh jadi.baru2 ni viral video seorang lelaki sedang tunggu di depan grill pintu.mana tak cuak kan.

Sebab tu,anak-anak kita sekarang banyak dengan gajet.tapi bahayakah gajet?bahayakah youtube?pada saya,ianya tak 💯% salah.ada baiknya youtube tu jugak.anak2 kita boleh belajar abc,123,alifbata dari video2 youtube tu.dan saya perhatikan anak saya,sambil tengok video sambil dia ikut apa yang video tu sebut.

Kesan baiknya,dia dah tau nama-nama kenderaan@transport.dia boleh tau in both language BM n English.dan doa2 pendek pun dia boleh ikut tapi dengan pelat dia la.baru 2 tahun 7bulan.okla tu kan.

Tapi sebelum bagi handphone dan youtube tu,sila pastikan setting youtube dalam mode 'safemode'.ini untuk memastikan tak tertengok video yang bukan-bukan.haritu ada viral mengenai video2 kartun popular yang disalah guna.dan juga berikan tempoh untuk anak anda.bila dah tamat sesi tu,minta dengan elok.

Macam saya,sayabsah tetapkan hanya boleh tengok youtube dan main gajet hanya pada hari cuti.tu pun takde la boleh main seharian.saya selalu bagi lepas maghrib.dan waktu tidur kena off.😀

Okla sekian perkongsian saya.semuanya mesti di bawah pemantuan ibu bapa.ibu bapa kena ambil peduli apa yang anak kita lakukan.😉

Blog archive

Followers