Rawatan impetigo yang akan membuatkan kulit anak makin cantik!



APA ITU IMPETIGO?
  • Penyakit kulit yang menular yang disebabkan oleh bakteria.
  • Infeksi di permukaan kulit, di mana penyakit ini merupakan salah satu bentuk pioderma           (infeksi kulit disebabkan oleh bakteria Staphylococcus dan Streptococcus atau keduanya  sekali)
  • Terdapat 2 jenis impetigo ni:
    • berbentuk keruping ( impetigo krutosa)
    • benjolan berisi cairan ( impetigo bulosa)
  • Impetigo tidak berbahaya asalakan ibubapa cepat bertindak merawat.
  • Biasanya terjadi di kawasan hidung, mulut, tangan, lengan, dan daerah kemaluan.
  • Permulaannya ditumbubhi ruam dan lama-kelamaan berubah menjadi kera kecoklatan.
  • Infeksi ini biasanya terjadi apabila bakteria masuk ke dalam kulit melalui luka atau sengatan serangga,Tapi ada juga kes yang impetigo ni boleh juga tumbuh dalam kulit yang sihat. 

JENIS-JENIS IMPETIGO.

1. IMPETIGO CONTAGIOSA ( KERUPING)

Bentuk paling umum dari impetigo adalah impetigo contagiosa. Jenis ini biasanya terjadi dari luka merah pada wajah anak, dan kerap terjadi di sekitar hidung dan mulut. 

Luka ini cepat pecah, berair dan bernanah, yang akhirnya membentuk kulit kering berwarna kecoklatan. Bekas impetigo ini boleh hilang dan tak menyebabkan kulit berparut.Luka ini terasa gatal tapi tak terasa sakit.

 Impetigo jenis ini juga jarang menimbulkan demam pada anak, tapi ada kemungkinan menyebabkan pembengkakan kelenjar pada kawasan infeksi. Oleh kerana impetigo sangat mudah merebak, dinasihatkan supaya jangan menyentuh atau menggaru luka tersebut kerana ini dapat menyebabkan infeksi ke bahagian tubuh lain.


2. IMPETIGO BULOSA ( BENJOLAN)


Impetigo jenis ini biasanya menyerang bayi dan anak di bawah usia 2 tahun. Impetigo ini tak terasa sakit, tapi menyebabkan kulit melepuh berisi cairan. 

Bahagian tubuh yang biasanya diserang ialah badan, lengan dan kaki. Kulit di sekitar luka biasanya berwarna merah dan gatal tapi tak terasa sakit. Luka akibat infeksi ini dapat berubah menjadi nanah dan masa untuk sembuh lebiih lama berbanding impetigo lain.


3. ECTHYMA


Jenis impetigo yang dapat menyerang kulit dermis. Gejala  impetigo jenis ini luka terasa sakit, memiliki cairan atau bernanah. Bekas luka akan sukar hilang meskipun sudah sembuh bahkan boleh menyebabkan pembengkakan kelenjar limfa pada bahagian tubuh yang terinfeksi.
Selain itu impetigo dapat mengakibatkan komplikasi seperti Poststreptococcal glomerulonephritis (PSGN) iaitu radang ginjal yang membengkak akibat infeksi bakteria dan sering menyerang anak usia 6-10 tahun.
Seterusnya, Cellulitis yang menyerang jaringan di bawah kulit dan akan tersebar ke limfa dan masuk ke aliran darah. Ada juga yang menyebabkan infeksi methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) yang kebal kepada antibiotik. Terakhir dapat menyebabkan komplikasi yang menyebabkan warna kulit menjadi gelap atau terang.

KENAPA TERJADINYA IMPETIGO ?

Penyebab penyakit impetigo adalah bakteri Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes. Jangkitan bakteria ini boleh terjadi melalui hubungan langsung dengan pesakit atau melalui alat perantara, seperti baju, tuala , sapu tangan, dan sebagainya yang sebelumnya dipakai penderita.
Bakteria akan lebih mudah menjangkitit seseorang jika orang tersebut mempunyai luka sebelum ini, misalnya luka akibat gigitan serangga, terjatuh, atau terhiris benda tajam. Boleh juga terjadi disebabkan luka oleh infeksi kulit lain, seperti ekzema, kudis, atau infeksi kutu.

Antara faktor lain:
1. Cuaca panas dan lembap.
2. Sejarah penyakit diabetes
3. Antibodi badan yang lemah dan mudah dijangkiti bakteria
4. Rasa kegatalan yang amat sangat.

CARA PENCEGAHAHAN AWAL
  • Kerap mencuci tangan dan kaki.
  • Apabila ada contact dengan pengigap impetigo,segera cuci tangan dengan sabun 
  • Pastikan kuku kaki dan tangan pendek untuk mengurangkan risiko infeksi
  • Jika terkena jangkitan, barangan peribadi hendaklah diasingkan dan dicuci dengan air panas.
KAEDAH PERAWATAN IMPETIGO

Kebiasaannya, doktor akan memberikan antibiotik kepada si pengidap. Antibiotik tu samada secara krim sapuan atau untuk diminum.

Jika berlarutan, doktor akan mengambil sampel dan dihantar ke makmal ujikaji untuk pemeriksaan lanjut.

Ibu bapa juga boleh merawat di rumah sendiri dengan menggunakan minyak 'tea tree' dan dicampurkan dengan minyak zaitun. Kemudian disapu pada kawasan yang dijangkiti.

Selain itu juga, anak-anak boleh diberikan nutriferon untuk merawat impetigo dari dalam. Salah satu faktor jangkitan impetigo ialah sistem imunisasi yang lemah. Maka, dengan pengambilan nutriferon secara konsisten insyaAllah sistem imunisasi badan anak-anak makin kuat dan dapat melawan bakteria untuk dijangkiti.


 nak cuba,boleh hubungi saya di
012 6982726..😀😀









0 comments:

Blog archive

Followers