Bengkak susu

Dah lama kakJi tak dapat customer yang bengkak susu.baru2 ni ada ibu keguguran cari vitamin untuk atasi bengkak susunya.

Bagi yang belum tahu apa bengkak susu tu,moh kita study sikit

Bengkak susu ada 2 jenis tau:

1. Bengkak susu yang susunya tak keluar.
2. Bengkak susu tetapi banyak keluar. (Maksudnya cepat bengkak)

Dari sudut perbidanan Melayu lama, bengkak susu atau breast engorged ini boleh berlaku dari beberapa faktor:-

1. Demand melebihi supply. Bayi jenis tak kuat menyusu.
2. Bayi kuning. Tiba2 bayi asyik tidooooo je.
3. Ibu tak reti/tak nak ataubmalas nak perah dan pam susu
4. Bayi tak nak menyusu. Selalunya sebab kes puting buta atau ibu takde puting.
5. Aliran darah tak lancar. Urat tersumbat.

Ada beberapa rawatan yang kita buat untuk masalah susu bengkak ni.

1.Tuaman cepu herba
 - Kandungan cepu ialah segenggam halba,   segenggam habatus sauda, segenggam         ketumbar, halia 10cm diketuk atau dihiris, sireh 5 helai.
- rebus sehingga benda2nya kembang
- tuam disekeliling breast, dada, bawah ketiak dan belikat (pastikan beralas untuk elakkan kulit susu ibu dr melecur)

Cara di atas untuk masalah susu bengkak sahaja. Insyallah lepas tuam  breast jadi lembut,ibu boleh start pam perlahan2 sampai lega.

Untuk kes barah susu atau breast ibu dah jadi merah keras dan tidak langsung boleh disentuh, buat rawatan berikut dahulu


1.Tekupan daun kubis. Bunga bunga kubis.Pekapkan pada breast yang bengkak sampai kubis tu jadi layu.

Buat sekali cukup. Banyak kali dikhuatiri susu kering terus.

2.Campurkan 2 sudu besar madu, 1 sudu kecil kapur makan dan sebiji telur ayam kampung. Jadikan masker pada breast.

Amalan2 ini dapat meredakan kemerahan dan kesakitan.

3.Selain dari rawatan di atas, bidan akan membantu dari segi urutan.

Urutan hanya boleh dilakukan pada kawasan belikat. Tak boleh urut dan lurut breast. Takut ibu bentan menahan sakit.

Kemudian, salah satu petua orang lama. Kalau tak nak kena barah susu, ibu kena rajin2 berpeluh dan kurangkan bersejuk. Untuk jaga urat dari tersumbat dengan angin sejuk.


🌼 Najee Jieto
🌼 012 6982726

0 comments:

Blog archive

Followers