Tips merawat hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..akak Ji nak kongsi cara untuk merawat hati kita.

Apa sahaja yang berlaku pada diri kita, walaupun melibatkan orang lain, ia adalah tentang diri kita, bukan tentang orang lain.

Sebagai contoh, ada orang yang mengkhianati kita. Apa yang perlu kita check balik adalah diri kita, bukan orang itu. Urusan orang itu kita serahkan kepada Allah.

Checklist:

1. Tanya diri, apa yang kita dah buat sampai Allah izinkan dia khianati kita dan apa yang patut kita perbetulkan atau perbaiki.

2. Bersyukur sebab bukan kita di tempat dia (yang mengkhianati), doa agar Allah jauhkan kita daripada memiliki sifat seperti dia.

3. Kasihani dia dan doakan dia dengan penuh kasih sayang, mudah mudahan dia berubah menjadi yang lebih baik.

Nak mula buat tu macam susah kan. Cuba lah, insyaAllah lebih tenang dan disayangi Allah. Rahmat Allah jauh lebih baik dari rasa puas sebab balas dendam.

Bersihkan hati dan belajar lah untuk memaafkan, inshaaAllah hidup akan jadi lebih tenang dan diberkati Allah 😊

Semoga beranfaat

0 comments:

Blog archive

Followers